X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

PM lulus peruntukan RM1 juta kukuhkan tebing Sungai Kemensah

Keadaan di bahagian belakang sebuah kediaman yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, Jumaat lepas. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Peruntukan RM1 juta telah diluluskan bagi melaksanakan kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan tebing Sungai Kemensah serta lain-lain kerja yang berkaitan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height, Jumaat lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, peruntukan itu adalah daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diurus oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Beliau berkata, peruntukan itu diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, ia akan digunakan bagi menyediakan laluan masuk, platform jentera dan pemasangan cerucuk keping (sheetpile) sepanjang 200 meter untuk mengelakkan kerosakan harta benda penduduk yang tinggal berhampiran sungai itu.

“Kerja-kerja ini perlu dilakukan bagi membaik pulih aliran dan tebing sungai untuk mengurangkan risiko pergerakan tanah ke atas lot-lot unit kediaman di kawasan bersebelahan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa

“Kajian penilaian dan tindakan ini diselaras secara bersama oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya,” tambahnya.

Pada 17 September lepas kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights itu menyebabkan 27 rumah penduduk terjejas, selain menyekat aliran sungai di bawah bukit kawasan itu daripada terus mengalir. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!