X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Covid-19: Tiga kluster baharu diisytihar di Sarawak

Sarawak merekodkan 3,724 kes baharu Covid-19 pada Selasa. - Gambar fail Bernama
A
A

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Selasa mengisytiharkan tiga kluster baharu dengan dua daripadanya melibatkan institusi pusat jagaan di Sibu manakala satu lagi membabitkan tempat kerja di daerah Kuching.

JPBN dalam kenyataan memaklumkan Kluster Pusat Kemuyang Timur di Sibu dikesan melibatkan pelajar dan penghuni sebuah pusat jagaan kanak-kanak dengan 16 orang didapati positif Covid-19 daripada sejumlah 85 individu yang disaring.

Bagi kluster Batu 10 Jalan Oya di Sibu, sejumlah 36 orang dikesan positif daripada 82 yang disaring manakala Kluster Jalan P Ramlee di Kuching, seramai 70 individu didapati positif Covid-19.

Pada Selasa, Sarawak merekodkan 3,724 kes baharu Covid-19 dengan 99.76 peratus adalah mereka yang dikategorikan sebagai tidak bergejala dan bergejala ringan manakala 0.24 peratus lagi mengalami jangkitan paru-paru yang memerlukan oksigen dan alat bantuan penafasan.

Angka kematian akibat jangkitan wabak itu pula meningkat kepada 709 dengan penambahan 12 kes baharu yang dilaporkan dari 10 hingga 20 September di Betong, Sarikei, Kuching, Miri, Limbang, Kapit dan Sibu.

Satu daripada kematian itu membabitkan seorang pesakit muda yang dicatat di Miri iaitu remaja lelaki berumur 15 tahun yang mengalami kecederaan otak akibat kemalangan pada Julai lepas dan memerlukan bantuan khas manakala selebihnya adalah mereka yang berusia lingkungan 60 hingga 91 tahun dengan sejarah penyakit kronik. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!