Lapan ditahan terbabit sindiket 'Calling Centre'

Antara barang rampasan daripada sindiket 'Calling Centre' yang diserbu di Bukit Indah Iskandar Puteri.
Antara barang rampasan daripada sindiket 'Calling Centre' yang diserbu di Bukit Indah Iskandar Puteri.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Polis menahan lapan individu disyaki terbabit dengan sindiket `Calling Centre' dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Indah pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisoner Dzulkhairi Muhktar berkata, dalam serbuan jam 5.30 petang itu, semua ditahan terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita tempatan berumur lingkungan 17 hingga 30 tahun.

Katanya, polis turut merampas lapan set Komputer, 28 telefon bimbit, dua kad akses, dua buah modem wifi, serangkai kunci dan wang tunai sebanyak RM570.

"Siasatan awal mendapati kegiatan itu beroperasi di rumah tersebut kira-kira dua bulan lalu dengan menyasarkan pelanggan dari negara ini. Kegiatan ini beroperasi selama 24 jam setiap hari dan dibahagikan kepada dua waktu bekerja.

"Semua bayaran melalui transaksi pelanggan menggunakan 12 akaun bank tempatan dengan anggaran jumlah kutipan harian sebanyak RM10,000," katanya menerusi kenyataan akhbar pada Selasa.

Menurut Dzulkhairi kesemua suspek mengaku mendapat peluang pekerjaan melalui Facebook dengan tawaran gaji RM2000 dan komisen sebanyak 20 peratus daripada jumlah carian pelanggan.

"Gaji dibayar tunai oleh seorang lelaki warga tempatan.

"Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) (G) Akta Rumah Judi Terbuka ( AKRT) 1953. Kesemua suspek juga akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru untuk proses tahanan reman.