Shafee dibayar RM1,000 sebagai TPR bagi kes rayuan liwat Anwar: Saksi

Muhammad Shafee tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Bernama
Muhammad Shafee tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa diberitahu bahawa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya menerima bayaran berjumlah RM1,000 sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam kes rayuan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu disahkan Penolong Penguasa di Cawangan Siasatan D, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, Zulfaqar Mohd Khalil, 29, pada hari keempat perbicaraan kes peguam itu yang didakwa menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Semasa disoal balas peguam Harvinderjit Singh, saksi pendakwaan kelima itu berkata, berdasarkan penyataan rakaman percakapan, Muhammad Shafee menjelaskan bahawa yuran guaman yang dipersetujui di antara beliau dan kerajaan Malaysia adalah RM1,000 bagi kes berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: