X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Pembukaan Hard Rock Cafe Puteri Harbour rancakkan sektor pelancongan

Kerajaan negeri Johor berharap untuk memanfaatkan pembukaan Hard Rock Cafe Puteri Harbour di Iskandar Puteri di sini menjelang akhir tahun ini untuk membantu merancakkan semula sektor pelancongan negeri yang terjejas akibat pandemik. Gambar hiasan.
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor berharap untuk memanfaatkan pembukaan Hard Rock Cafe Puteri Harbour di Iskandar Puteri di sini menjelang akhir tahun ini untuk membantu merancakkan semula sektor pelancongan negeri yang terjejas akibat pandemik.

Exco Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia merupakan cawangan Hard Rock Cafe keempat di negara ini selepas Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Hard Rock Cafe Puteri Harbour yang berkeluasan 6,000 kaki persegi mampu memuatkan sehingga 238 pengunjung dengan konsep ruang makan ‘Alfresco’ yang menghadap pelabuhan.

“Hard Rock Cafe Puteri Harbour akan menjadi satu daripada tarikan utama tempatan untuk merangsang ekonomi domestik dan kesan limpahan ekonominya akan dinikmati oleh seramai mungkin penduduk Johor kerana Johor akan berdepan tempoh pemulihan sektor pelancongan pada tahun depan.

“Ia bukan sahaja menjadi jambatan untuk menghubungkan Puteri Harbour, malah destinasi yang mesti dikunjungi pelancong tempatan dan antarabangsa sebaik sahaja krisis Covid-19 berakhir dan sempadan dibuka semula,” katanya dalam sidang akhbar menerusi aplikasi Zoom pada Selasa.

Onn Hafiz berkata, pembukaan Hard Rock Cafe Puteri Harbour juga akan menjadi platform yang sesuai untuk seni persembahan dan para penghibur Malaysia, terutamanya bakat-bakat muda dari Johor.

Sehingga kini, Hard Rock Cafe mempunyai 180 cawangan di seluruh dunia. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!