Caj tambang warga asing masih dibincang

NG Sze Han
A
A

caj tambang warga asing

SHAH ALAM - Kerajaan negeri belum menetapkan tempoh pelaksaan mengenakan caj tambang bas kepada warga asing yang menggunakan kemudahan Bas Smart Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, cadangan pelaksaan itu masih di peringkat perbincangan.

"Ya, memang ada cadangan nak menggenakan caj tambang bas kepada warga asing dan namun masih di peringkat kajian.

"Banyak aspek perlu diambil kira termasuk kaedah pembayaran secara tunai atau alternatif," katanya.

Ditanya berkenaan kadar harga yang bakal dikenakan samaada lebih murah dari caj pengangkutan awam lain atau tetap katanya, perkara itu juga belum diputuskan.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ketika Majlis Pelancaran Bas Smart Selangor Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Laluan Baru KJ04 dan KJ05 di Kompleks Perhentian Kajang Jumaat lalu memaklumkan caj tambang kepada warga asing yang menggunakan kaedah itu selari dengan dasar subsidi bersasar khusus kepada rakyat tempatan.

Ia juga sebagai merealisasi hasrat kerajaan negeri mencapai sasaran 60 peratus pengguna jalan raya menggunakan pengangkutan awam berbanding 40 peratus menggunakan kenderaan persendirian menjelang 2025 hingga 2030.