Pegawai PBT direman kes tuntutan palsu hampir RM27,000

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM27,000.

Menurut sumber SPRM, pegawai berumur 24 tahun itu telah mengemukakan tuntutan palsu berkaitan sewaan perkhidmatan lori dengan menggunakan resit yang mengandungi butiran muatan palsu.

Lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 5.30 petang Isnin selepas hadir memberikan keterangan dan perintah reman terhadapnya bermula Selasa hingga 25 September dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret di sini.

Pengarah SPRM Putrajaya, Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi pada Selasa mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Bernama

Artikel Berkaitan: