Stadium bakal dibuka, premis niaga dibenar operasi sehingga 12 malam

Hishammuddin (tengah) pada sidang media selepas Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 (SOP) di Bangunan Parlimen pada Selasa. Turut sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kiri) dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri (kanan). - Foto Bernama
Hishammuddin (tengah) pada sidang media selepas Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 (SOP) di Bangunan Parlimen pada Selasa. Turut sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kiri) dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri (kanan). - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Mesyuarat Kedua Kuartet Menteri Covid-19 pada Selasa bersetuju membenarkan pembukaan stadium kepada orang awam dan kebenaran operasi perniagaan secara seragam di semua fasa hingga jam 12 malam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan tersebut bagaimanapun akan diangkat untuk diteliti pula di peringkat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Rabu sebelum diputuskan untuk dikuatkuasakan.

“Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu membentangkan mengenai potensi pembukaan stadium kepada orang awam bagi menonton perlawanan bola sepak serta sukan-sukan yang sesuai.

"Sukacita juga ingin saya memaklumkan bahawa Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet hari ini telah bersetuju dengan cadangan supaya pemilik premis perniagaan stesen minyak, restoran/kedai makan/kedai serbaneka dibenarkan beroperasi secara seragam di semua fasa dengan waktu beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 12 malam kecuali bagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Ini akan dibawa ke Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik esok untuk disyorkan oleh Perdana Menteri sebelum diputuskan tarikh berkuatkuasa,” katanya pada sidang media di Bilik Media Parlimen pada Selasa.

Beliau menjelaskan, fokus Menteri-Menteri Kuartet adalah untuk membuka sektor-sektor yang terlibat secara berperingkat dan selamat.

“Fokus kami adalah #ReopeningSafely. Menuju ke fasa endemik, lebih banyak kelonggaran akan diberikan kepada rakyat.

“Sehubungan itu, saya berharap rakyat tidak leka sebaliknya kekal berdisiplin dalam mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya.

Artikel Berkaitan: