15,759 kes Covid-19 baharu hari ini

Malaysia merekodkan 15,759 kes baharu Covid-19 pada Selasa. - Foto Bernama
Malaysia merekodkan 15,759 kes baharu Covid-19 pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A
SHAH ALAM - Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan dengan 15,759 kes, berbanding 14,345 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes 2,127,934 direkodkan setakat ini.

Dr Noor Hisham berkata, Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,732 kes diikuti Johor (1,959 kes), Selangor (1,934 kes), Pulau Pinang (1,417 kes), Kelantan (1,338 kes), Sabah (1,291 kes), Perak (1,184 ), Kedah (786 kes) dan Pahang dengan 707 kes.

"Selain itu, Terengganu mencatatkan 592 kes, Kuala Lumpur (359 kes), Melaka (264 kes), Negeri Sembilan (127 kes), Putrajaya (34 kes), Perlis (23 kes) dan Labuan dengan 12 kes," katanya.