Rusuhan kuil: Moorthy puji polis

P Waytha Moorthy. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy memuji kepantasan pihak polis dalam menangani kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Menurut beliau, pasukan polis telah menunjukkan profesionalisme yang tinggi dalam mengendalikan insiden tersebut dan ia amat dihargai oleh komuniti India di negara ini.

“Komuniti India di Malaysia menghargai kehadiran polis di kuil berkenaan kerana ini dapat memastikan undang-undang dan peraturan diikuti oleh semua pihak dalam pertikaian kuil.

“Saya sekali lagi merakamkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan pasukannya atas tindakan pantas membendung sebarang bentuk keganasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Menteri gesa siasatan penuh ]

Katanya lagi, beliau juga mengalu-alukan jaminan Mohamad Fuzi bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan dan pelaku terlibat akan dibawa ke mahkamah demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Polis nafi lambat bertindak ]