Kena tunjuk pas Covid-19 jika mahu masuk tandas kafe

Kelihatan orang ramai makan di luar kafe di The Hague, Belanda. - Foto Getty Images
Kelihatan orang ramai makan di luar kafe di The Hague, Belanda. - Foto Getty Images
A
A
A

THE HAGUE - Para pelanggan kafe di The Hague, Belanda perlu menunjukkan pas Covid-19 ketika mereka memasuki tandas di bandar raya itu, kata Menteri Kesihatan, Hugo de Jonge pada Isnin.

Bagaimanapun, pelanggan tidak perlu menunjukkan pas tersebut ketika mereka mahu makan dan minum di bahagian luar kafe di bandar raya tersebut.

Negara itu pada minggu lalu melonggarkan larangan sekatan akibat Covid-19 termasuk menamatkan penjarakan sosial, tetapi ia memperkenalkan pas baharu untuk memasuki restoran, bar dan menghadiri festival.

Langkah baharu itu diperkenalkan pada Sabtu lalu dan diluluskan oleh Parlimen negara itu.

Namun, beberapa ahli Parlimen berhujah bahawa para pelanggan yang minum dan makan di luar kafe perlu dikecualikan daripada menunjukkan pas Covid-19 atas alasan peluang untuk mendapatkan jangkitan virus korona adalah rendah.

De Jounge dipetik sebagai berkata oleh stesen penyiaran NOS bahawa: "Anda perlu menunjukkan kod respon pantas (QR) jika mahu memasuki tandas."

Jika diimbas, pas itu menunjukkan bukti seseorang itu sudah divaksinasi, pulih daripada Covid-19 atau keputusan ujian negatif virus tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: