Maqis Pulau Pinang rampas 100,000kg susu tepung

Susu tepung dari Netherland yang dirampas daripada empat buat kontena di NBCT di Butterworth pada Isnin.
Susu tepung dari Netherland yang dirampas daripada empat buat kontena di NBCT di Butterworth pada Isnin.
A
A
A

GEORGETOWN - Empat buah kontena yang membawa muatan susu tepung (sweet whey powder) dari Netherland dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang pada Isnin.

Pengarahnya, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, rampasan dibuat di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati 4,000 bungkus susu tepung seberat 100,000 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM650,902 berada dalam kontena tersebut.

"Pemeriksaan mendapati, kosainan tersebut telah mengisytiharkan dokumen yang tidak tepat seperti yang dinyatakan dalam syarat dokumen Permit Import Maqis yang sah iaitu mengemukakan maklumat yang berbeza dan mengelirukan pada sijil kesihatan veterinar dari negara pengimport.

"Siasatan mendapati, tujuan susu tepung itu diimport adalah untuk dijadikan produk yang diproses bagi menghasilkan makanan dan minuman serta kegunaan pasaran Malaysia serta luar negara," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya lagi, Maqis sentiasa menjalankan pemeriksaan setiap keluaran pertanian yang masuk dalam negara bagi memastikan keluaran pertanian (komoditi pertanian, ikan dan haiwan) yang diimport mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

"Ia bagi menjamin keselamatan makanan, bebas daripada perosak dan penyakit serta halal untuk dimakan oleh rakyat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] iaitu mana-mana orang yang memberikan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian adalah menjadi satu kesalahan.

Artikel Berkaitan:

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.