Sabun madu kelulut bantu suri rumah jana pendapatan

Sebahagian peserta menunjukkan sabun yang dihasilkan mereka.
Sebahagian peserta menunjukkan sabun yang dihasilkan mereka.
A
A
A

YAN - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Rendang Pasir mengadakan bengkel pembuatan sabun madu kelulut, baru-baru ini.

Pegawai Perpaduan Yan, Nasriza Long berkata, bengkel ini diadakan di Surau Kampung Rendang Pasir.

Katanya, seramai 25 wanita mengikuti bengkel pembuatan sabun berkenaan.

"Bengkel ini dikendalikan penternak madu kelulut, Najwa Kasim dan berobjektif untuk menggalakkan usaha menternak kelulut di dalam kebun.

"Kita cuba nak bantu wanita terutama suri rumah untuk mempunyai kemahiran tersendiri dalam kehidupan mereka," katanya.

Menurutnya, kemahiran yang ada boleh menjana kewangan sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada suami.

Artikel Berkaitan: