X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Romeo ikut jejak Beckham

Romeo ketika melakukan penampilan profesional pertamanya.
A
A

[DIKEMAS KINI] ANAK bekas kapten England, David Beckham, Romeo mula mengikuti jejak langkah ayahnya apabila melakukan penampilan pertama sebagai pemain profesional bersama pasukan pembangunan Inter Miami pada Ahad.

Pemain berusia 19 tahun itu beraksi untuk kelab Divisyen Tiga, Fort Lauderdale ketika seri 2-2 menentang South Georgia Tormenta.

Fort Lauderdale merupakan pasukan pembangunan kepada Inter Miami yang juga kelab milik bekas pemain Manchester United, Real Madrid, LA Galaxy, AC Milan dan Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Bolasepak Major (MLS).

Romeo ketika melakukan penampilan profesional pertamanya.
Romeo ketika melakukan penampilan profesional pertamanya.

"Gembira dapat melakukan penampilan profesional pertama bersama kelab ini. Saya akan beri tumpuan penuh pada perlawanan seterusnya," katanya yang menyarung jersi nombor 11 dalam perlawanan tersebut.

Pada perlawanan itu, Romeo turut beraksi bersama Harvey Neville, anak pengendali Inter Miami Phil Neville.

Untuk rekod Neville dan Beckham merupakan rakan sepasukan semasa di Manchester United sebelum ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!