X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Biden ulangi pendirian AS jalin kerjasama kukuh dengan PBB

Joe Biden
A
A

MOSCOW - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengulangi pendiriannya untuk menjalinkan kerjasama kukuh dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa pertemuannya dengan Setiausaha Agung PBB António Guterres, menurut kenyataan Rumah Putih.

“Biden bertemu dengan Guterres malam ini. Pertemuan itu antara lain membincangkan mengenai hak asasi manusia sejagat, kebebasan asasi, dan undang-undang antarabangsa,” lapor Sputnik memetik kenyataan itu.

Turut disentuh dalam pertemuan itu perkara berkaitan multilateralisme dan mempertahankan demokrasi selain kerjasama untuk menamatkan pandemik Covid-19 dan perubahan iklim.

"Isu global yang kompleks hanya dapat ditangani dengan solusi global yang benar-benar ikhlas untuk membangun kembali dengan lebih baik, dan PBB memainkan pernan unik untuk kesejahteraan, keselamatan dan keamanan semua,” kata Biden.

Pertemuan dengan Guterres itu agenda pertama Biden sempena Minggu Peringkat Tinggi Pehimpunan Agung PBB (UNGA).

Biden dijangka menyampaikan ucapan di UNGA pada pagi Selasa.

Jurucakap Rumah Putih Jen Psaki berkata, ucapan presiden Amerika Syarikat itu tidak akan menyentuh mengenai China atau negara lain yang boleh mencetuskan konfrantasi. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!