10,000 baucar pelancongan boleh ditebus mulai 1 Oktober

Hee Loy Sian
Hee Loy Sian
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 10,000 baucar subsidi pelancongan Selangor boleh didapati menerusi platform perkhidmatan e-dagang Shopee mulai 1 Oktober ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal negeri, Hee Loy Sian berkata, baucar bernilai RM100 setiap satu itu boleh ditebus untuk kegunaan di hotel, inap desa dan taman tema berlesen di negeri ini.

“Baucar ini boleh digunakan serta-merta khas untuk rakyat Selangor bagi merancakkan lagi industri pelancongan di Selangor,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang turut menyarankan rakyat Selangor agar tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 itu.

Loy Sian berkata, sebelum ini menerusi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 1.0, kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta yang diagihkan kepada umum pada Januari lalu melalui Lazada dan Touch 'n Go eWallet.

Pada 18 Disember tahun lalu, Selangor melancarkan program Penebusan Subsidi Baucar Pelancongan bernilai RM200 setiap satu membabitkan 10,000 baucar untuk menginap di hotel dan inap desa berlesen serta taman tema.

Artikel Berkaitan: