Buaya 700kg berkeliaran di Papar ditangkap

Buaya dianggarkan seberat 700 kilogram berjaya ditangkap APM dan penduduk kampung di Kampung Nagapas, Papar.
Buaya dianggarkan seberat 700 kilogram berjaya ditangkap APM dan penduduk kampung di Kampung Nagapas, Papar.
A
A
A

PAPAR - Seekor buaya yang tular di media sosial selepas berkeliaran di kawasan ini pada Rabu lalu akhirnya berjaya ditangkap di Kampung Nagapas pada malam Isnin.

Buaya yang dianggarkan seberat 700 kilogram itu berjaya ditangkap kira-kira jam 9 malam oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysiah (APM) dengan dibantu penduduk kampung.

Penduduk, Nocole Glorie, 20, berkata, dia segera menghubungi pasukan penyelamat sebaik mendapat tahu reptilia itu berada berhampiran rumahnya.

Menurutnya, kehadiran buaya itu disedari pada jam 7.30 malam selepas terdengar bunyi salakan anjing dan beberapa penduduk kampung berhenti berhampiran lokasi haiwan berkenaan.

"Pada mulanya kami fikir ada berlaku kemalangan, jadi salah seorang bapa saudara saya bertindak ke lokasi dan mendapati ada buaya di kawasan itu.

"Saya segera menghubungi pasukan keselamatan memandangkan buaya itu hanya berada tiga meter dari rumah kami," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, menurut laporan APM, operasi menangkap buaya sepanjang 4.8 meter itu ditamatkan pada jam 9.05 malam.

Sebelum itu, Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan penduduk di Papar gempar apabila reptilia itu dilihat berada di atas jalan di Kampung Nagapas.

Artikel Berkaitan: