Kilang kimia dikompaun RM10,000 gagal urus sisa buangan

Keadaan air longkang awam yang bertukar warna merah. - Foto ihsan JAS Selangor
Keadaan air longkang awam yang bertukar warna merah. - Foto ihsan JAS Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kilang kimia di Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, Klang dekat sini dikompaun RM10,000 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor pada Isnin ekoran kegagalan mematuhi beberapa peraturan berkaitan pengurusan buangan terjadual.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi JAS, memaklumkan kilang tersebut turut disiasat berhubung pelepasan air berwarna merah ke longkang awam yang ditemui semasa pemeriksaan JAS pada cuti hujung minggu.

“Sampel air buangan daripada proses kilang telah diambil untuk analisis kimia dan membolehkan tindakan penguatkuasaan lanjut diambil,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: