X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada awal urus niaga

Ringgit mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Selasa.
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Selasa walaupun terdapat peningkatan mengelak risiko yang ketara menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) bermula Selasa.

Pada jam 9 pagi ini, ringgit mengukuh kepada 4.1885/1925 daripada 4.1905/1950 pada akhir urus niaga Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kemungkinan pihak Fed mengurangkan pembelian aset pada minggu ini, juga berpotensi meningkatkan tarikan dolar AS yang sebaliknya boleh menjejaskan ringgit.

“Pada masa sama, laporan media mengenai masalah yang dihadapi oleh salah satu penggiat utama hartanah China juga mencetuskan kebimbangan mengenai kestabilan kewangan di negara yang juga kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu,” katanya kepada Bernama.

Berikutan itu, kata Mohd Afzanizam, laporan media itu akan menyaksikan ramai peserta pasaran tukaran asing bertindak mencari perlindungan dalam mata wang selamat seperti dolar AS.

Dalam pada itu, sewaktu urus niaga dibuka, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7175/7236 daripada 5.7339/7400 pada akhir urus niaga Isnin dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0972/1007 daripada 3.0979/1017 pada Isnin.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding yen kepada 3.8226/8270 daripada 3.8200/8241 dan rendah berbanding euro kepada 4.9104/9157 daripada 4.9079/9132 sebelum ini. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!