X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Banjir: Sebuah lagi PPS dibuka di Kuala Selangor

Anggota APM membantu mangsa banjir di Kampung Parit Mahang, pada Isnin.
A
A

KUALA SELANGOR - Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka berikutan banjir melanda dua kampung di daerah ini sejak Sabtu.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Leftenan (PA) Maizura Suradi berkata, PPS itu dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang pada jam 5.59 petang Isnin.

Menurut beliau, seramai 11 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan di PPS berkenaan berikutan Jalan Bahagia di kampung itu dinaiki air.

"Pecahan jantina mangsa ditempatkan di PPS itu terdiri daripada tujuh lelaki dan empat perempuan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Maizura berkata, mangsa banjir yang ditempatkan di SK Rantau Panjang, Bestari Jaya pula kekal membabitkan seramai 90 mangsa daripada 27 keluarga.

"Kedua-dua pusat pemindahan itu sehingga kini masih aktif dan pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu mangsa terlibat," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!