Rumah tangga bercerai-berai berdepan pandemik Covid-19

No Image Caption
A
A
A

KEHIDUPAN rakyat menjadi semakin tidak terurus sesudah virus pandemik Covid-19 mula menyerang negara pada Mac 2020.

Demi menyelamatkan nyawa rakyat, kerajaan terpaksa bertindak cepat, antaranya mengurung rakyat daripada keluar rumah.

Akibatnya, ramai hilang mata pencarian sehingga tiada duit untuk makan dan minum.

Rutin hidup bagi ramai daripada kita berubah seratus peratus. Bila semua aktiviti disekat, semua terkurung dan termenung di rumah.

Lalu, datanglah pula masalah lain. Bila hilang pendapatan, emosi semakin tertekan.

Bagi suami isteri yang ada anak-anak yang masih kecil dan bersekolah, lagilah stress tidak terkira.

Soal untuk mengurus makan dan minum untuk sekeluarga makin berat.

Suami isteri makin kerap bergaduh. Lama-kelamaan hubungan menjadi semakin renggang dan akhirnya bercerai.

Artikel Berkaitan:

Itulah punca ramai pasangan suami isteri bercerai sepanjang tempoh pandemik Covid-19 bermula Mac tahun lalu hingga Ogos lalu.

Mengikut perangkaan, sejumlah 66,440 kes cerai membabitkan pasangan beragama Islam dilaporkan di seluruh negara manakala bukan Islam adalah sejumlah 10,346 kes.

Kita harap selepas kerajaan melonggarkan syarat dan membenarkan lebih banyak aktiviti perniagaan dibuka, rakyat dapat kembali menjalani kehidupan dengan ‘norma baharu’.

Kita tidak mahu masalah sosial lain seperti perceraian dan kes bunuh diri menimbulkan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat kita.

Kita selain perlu menjaga kesihatan diri daripada dijangkiti virus Covid-19 ini, perkara yang penting juga ialah bagaimana mengawal emosi dan mengekalkan mental kita daripada terganggu.

Barangkali wang boleh kita cari, tetapi bila sudah bercerai, nilai kekeluargaan dan kasih sayang pasti tidak dapat kembali lagi.