Buruh binaan kejang otot kena renjatan elektrik

Mangsa terbaring di bahagian atas rumah itu selepas dipercayai terkena renjatan elektrik.
Mangsa terbaring di bahagian atas rumah itu selepas dipercayai terkena renjatan elektrik.
A
A
A

KUANTAN - Seorang buruh binaan mengalami kekejangan otot dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja pembinaan di sebuah rumah di Kampung Beta, Peramu, Pekan pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dan Peramu, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.25 petang ketika mangsa Mohamad Firdaus Ismail, 25, sedang melakukan kerja pembinaan di bahagian atas rumah berkenaan.

Anggota bomba berjaya membawa turun mangsa.
Anggota bomba berjaya membawa turun mangsa.

"Susulan itu pasukan bomba ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terbaring pada bahagian atas rumah terbabit dan menurunkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau menjelaskan, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: