X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Covid-19: Empat kluster baharu di Sarawak

Empat kluster baharu Covid-19 diisytihar di Sarawak hari ini melibatkan komuniti rumah panjang yang diletakkan di bawah PKPD. Foto hiasan.
A
A

KUCHING - Empat kluster baharu Covid-19 diisytihar di Sarawak hari ini melibatkan komuniti rumah panjang yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan ia melibatkan Kluster Sungai Separai 2 yang diisytiharkan di daerah Tatau setelah 12 individu didapati positif, Kluster Jalan Bintulu-Miri 3 di Bintulu (45 kes positif), Kluster Chama Ajai di Beluru (27 positif) dan Kluster Ulu Lubai di Limbang (16 positif).

Sarawak hari ini merekodkan 3,619 kes baharu Covid-19 dengan sebahagian besar daripadanya merupakan kes tidak bergejala atau bergejala ringan dan lapan kes baharu melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan oksigen dan alat bantuan pernafasan ventilator.

Lapan kematian baharu turut dicatatkan membabitkan individu berusia antara 39 dan 97 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik dengan empat daripadanya didaftarkan antara 14 dan 17 Sept manakala empat lagi pada 18 September sekali gus menjadikan angka korban akibat penyakit itu di Sarawak meningkat kepada 697 orang. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!