Pertanian digital mampu tingkatkan hasil makanan di Kelantan

Tuan Mohd Saripudin (kanan) melihat tanaman lada yang diusahakan semasa mengadakan lawatan ke KitaBina di Kampung Pohon Buluh, Meranti, Pasir Mas pada Isnin.
Tuan Mohd Saripudin (kanan) melihat tanaman lada yang diusahakan semasa mengadakan lawatan ke KitaBina di Kampung Pohon Buluh, Meranti, Pasir Mas pada Isnin.
A
A
A

PASIR MAS - Pertanian digital menjadi platform baharu yang mampu membantu meningkatkan hasil pengeluaran makanan di negeri ini untuk tempoh masa panjang.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, sebagai langkah awal pihaknya melalui Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) sudah bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Selangor bagi menghidupkan konsep pertanian digital.

"Sebagai permulaan, kita peruntukan sebanyak RM100,000 perkongsian antara KPKB dengan PPK Kuala Langat," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke KitaBina di Kampung Pohon Buluh, Meranti di sini, pada Isnin.

Menurutnya, melalui kerjasama tersebut PPK Kuala Langat akan berkongsi kepakaran dari segi pemasaran dan perkongsian teknologi yang digunakan bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.

Beliau berkata, pertanian digital yang menggabungkan pengembangan dan pemasaran hasil dilihat mampu memberi pulangan

lebih baik dan berharap petani di negeri ini dapat merebut peluang tersebut.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya mengemukakan peruntukan yang lebih besar dalam usaha memajukan sektor pertanian di negeri ini untuk bajet tahun hadapan.

Katanya, pandemik Covid-19 yang menyerang negara sejak Mac tahun lalu menyaksikan ramai rakyat menjadikan pertanian

Artikel Berkaitan:

sebagai punca utama dalam menjana pendapatan berikutan hilang pekerjaan.

"Kerajaan negeri akan terus membantu golongan ini dalam usaha merancakkan lagi industri pertanian," katanya.