Hannah mohon liputan media di Parlimen diperluas

Hannah
Hannah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh memohon agar kebenaran liputan media di Parlimen diperluaskan kepada lebih banyak agensi media sepanjang sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini.

Beliau berkata, perkara itu perlu dilakukan serta-merta untuk berlaku adil kepada pengamal dan agensi media.

"Ini juga penting untuk memastikan kebebasan media dijamin dan liputan media adil kepada pemimpin-pemimpin pembangkang," katanya semasa sesi perbahasan titah diraja ketika sidang Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Beliau berkata, senarai agensi media yang dibenarkan membuat liputan di Dewan Rakyat menimbulkan persoalan apabila portal dalam talian yang masih baharu dibenarkan membuat liputan.

Bagaimanapun, katanya, portal yang sudah lama wujud seperti Free Malaysia Today, The Malaysian Insight dan Malay Mail Online tidak dibenarkan membuat liputan.

"Saya mahu tahu apakah asas dan alasan utama Dewan Rakyat menyenaraikan portal MalaysiaNow, sedangkan terdapat lebih banyak agensi dan pengamal media lain yang jauh lebih lama beroperasi, lebih berpengaruh dan mempunyai pengalaman tetapi mereka dikecualikan.

"Saya minta senarai ini diperluaskan dengan segera dan serta-merta," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: