Skuad Projek Khas Hoki Lelaki Kebangsaan sertai Siri Jelajah UK

Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan akan menyertai Siri Jelajah United Kingdom 26 September sehingga 16 Oktober.
Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan akan menyertai Siri Jelajah United Kingdom 26 September sehingga 16 Oktober.
A
A
A

SKUAD Projek Khas Lelaki Kebangsaan akan menyertai Siri Jelajah United Kingdom (UK) pada 26 September sehingga 16 Oktober sebagai persiapan menjelang Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja pada November depan.

Pengendalinya, Wallace Tan berkata, ia akan menjadi medan untuk pemain menimba pengalaman selain menerapkan taktikal yang dimahukannya dalam siri jelajah tersebut.

"Dalam sesi latihan sebelum ini kita tumpu kepada kemahiran asas dan sekarang kita lebih kepada nak bina taktikal untuk bermain dengan pasukan di UK. Di sana ia lebih kepada pendedahan dan pembelajaran untuk pemain.

"Ini merupakan perlawanan penting selepas lama tidak beraksi selain perlawanan menentang beberapa pasukan kuat semestinya sesuatu yang baik untuk pasukan negara.

"Apa yang penting kita nak tengok adakah pemain dapat bermain dengan taktikal yang diperlukan dan seperti yang dirancang supaya kita boleh bersedia untuk bermain di Piala Dunia Remaja," katanya.

Seramai 21 pemain akan terbang ke UK pada awal pagi 26 September dengan Wallace turut menyenaraikan dua pemain baharu dalam skuad remaja negara ketika ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak menjelaskan penyertaan ke siri jelajah itu hasil daripada jalinan kerjasama yang cukup baik antara Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan Great Britain Hockey.

"Setelah sekian lama tiada perlawanan kompetitif untuk mereka, jadi 21 pemain yang menyertai siri jelajah ini termasuk dua penjaga gol, tujuh pemain pertahanan, enam pemain di posisi tengah dan enam pemain di bahagian serangan perlu memanfaatkan semua perlawanan persahabatan yang telah diatur untuk mereka.

Artikel Berkaitan:

“Sebanyak lapan perlawanan telah diatur buat skuad remaja negara sepanjang keberadaan mereka di sana. Ini termasuk dua perlawanan menentang pasukan kelab dan enam perlawanan lagi bertemu Skuad B-21 England, B-23 Wales dan B-23 Scotland," katanya.