Pekerja e-hailing, p-hailing perlu dilindungi di bawah Akta Kerja 1955

Asyraf Wajdi bersama MTUC, Persatuan Penghantar dan wakil-wakil kesatuan p-hailing serta e-hailing ketika sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada Isnin.
Asyraf Wajdi bersama MTUC, Persatuan Penghantar dan wakil-wakil kesatuan p-hailing serta e-hailing ketika sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mencadangkan agar kerajaan mengiktiraf individu yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran e-hailing dan p-hailing sebagai pekerja dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau akta-akta berkaitan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia merupakan salah satu daripada lima cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan bagi memastikan peranan penggiat ekonomi gig tersebut menjadi lebih penting, sekali gus memastikan hak-hak mereka dipertahankan.

“Cadangan lain ialah mewujudkan sebuah badan kawal selia yang mengkaji keperluan peraturan lebih adil dan realistik untuk penyedia perkhidmatan serta penghantar.

“Selain itu, memastikan kaedah terbaik untuk penyedia perkhidmatan menyediakan perlindungan sosial seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat semua penghantar di Malaysia.

“Juga menyediakan bantuan khas kepada penghantar-penghantar di dalam Bajet 2022 selain menangguhkan penggantungan dan penamatan khidmat penghantar dalam tempoh pandemik Covid-19,” katanya selepas mengadakan Persidangan Meja Bulat Tuntutan Hak Penghantar Malaysia bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persatuan Penghantar dan wakil-wakil kesatuan p-hailing serta e-hailing di Menara Dato’ Onn di sini pada Isnin.

Persidangan itu juga bertujuan membincangkan masalah dan isu-isu berbangkit melibatkan penggiat ekonomi gig di dalam negara.

Sehubungan itu, Asyraf Wajdi berkata, pihaknya melalui agenda #PemudaJurubicaraRakyat akan menyebar luas suara-suara berkenaan, sekali gus didengari di peringkat kerajaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan: