X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Kes baharu Covid-19 menurun kepada 14,345

Dr Noor Hisham
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini berterusan mencatatkan penurunan sebanyak lima hari berturut-turut apabila merekodkan 14,345 kes pada Ahad berbanding 14,954 kes pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kes Covid-19 secara keseluruhan adalah 2,112,175 kes.

“Sarawak mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 3,611 kes, diikuti Johor (1,598), Selangor (1,365), Sabah (1,255), Pulau Pinang, (1,170) dan Perak (1,090).

“Selain itu, Kelantan merekodkan 1,050 kes, diikuti Kedah (967), Terengganu (804), Pahang (779), Kuala Lumpur (307), Melaka (162), Negeri Sembilan (125), Perlis (51), Putrajaya (11) dan Labuan (kosong),” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, terdapat 43 kes import yang direkodkan membabitkan 27 warganegara dan 16 bukan warganegara.

Menurutnya, 14,302 kes melibatkan penularan tempatan melibatkan 13,072 warganegara serta 1,230 bukan warganegara.

“Daripada 14,345 kes harian dilaporkan pada hari ini (Isnin), sebanyak 212 kes adalah daripada kategori tiga hingga lima, manakala sebanyak 14,133 kes lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 1,167 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 636 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Di ICU sebanyak 906 kes adalah kes Covid-19 manakala 261 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan,” ujarnya.

Di samping itu, ujar beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 23 kluster baharu yang membabitkan 13 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti serta kluster kumpulan berisiko tinggi dan kluster import masing-masing mencatat satu kluster.

“Jumlah keseluruhan kluster adalah 5,305 yang mana 3,970 daripadanya telah diisytiharkan tamat dan selebihnya adalah 1,335 kluster masih aktif,” jelasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!