KNM lantik Zulhasnan sebagai pengerusi bukan eksekutif

Zulhasnan Rafique - Foto Bernama
Zulhasnan Rafique - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - KNM Group Bhd telah melantik bekas menteri Wilayah Persekutuan yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif dan Bebas berkuat kuasa 18 September 2021.

Menurut penyedia perkhidmatan dan kelengkapan minyak dan gas itu, Zulhasnan tidak memegang jawatan pengarah di mana-mana syarikat awam lain atau penerbit tersenarai di samping tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah atau pemegang saham utama syarikat berkenaan.

“Zulhasnan tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam sekuriti syarikat atau anak syarikatnya, tidak mempunyai konflik kepentingan ke atas syarikat dan beliau tidak memegang sebarang kepentingan dalam syarikat itu atau anak syarikatnya,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Zulhasnan menyandang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2006 hingga 2009 dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2004 hingga 2006.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke AS mulai 2017 hingga 2018. - Bernama

Artikel Berkaitan: