X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Tujuh diberkas edar kokain lebih RM50 juta

Razarudin (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas ketika sidang akhbar IPD Serdang, pada Isnin.
A
A

SERDANG - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan menahan tujuh individu termasuk dua wanita dalam tujuh serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang pada 10 hingga 16 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, kesemua suspek yang ditahan itu berusia 27 hingga 57 tahun.

"Kita menahan empat lelaki dan seorang wanita warga asing, serta seorang lelaki dan seorang wanita tempatan.

"Dalam serbuan itu, kita merampas dadah jenis kokain seberat 4.87 kilogram yang dianggarkan bernilai lebih RM50 juta," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini pada Isnin.

Razarudin berkata, pihaknya turut merampas sebanyak 174 guni serbuk 'ephedrine' dianggarkan berat 5.4 tan yang disyaki digunakan untuk membuat dadah jenis MDMA dan syabu dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Seri Kembangan di sini.

"Kita turut menyita wang tunai, kenderaan dan jam tangan mewah yang dianggarkan bernilai RM1.22," jelasnya.

Beliau berkata, berdasarkan risikan, sindiket dadah tersebut bukan sahaja menjual untuk pasaran tempatan, malah diseludup ke Qatar dan Hong Kong.

"Kita percaya mereka aktif menjalankan kegiatan itu lebih enam bulan lalu. Mereka ada pembeli dalam negara dan luar negara.

"Kita juga sedang menyiasat kokain ini datang dari negara mana, sama ada dari Columbia, Amerika Syarikat, Mexico atau negara lain," katanya.

Tambah beliau, saringan awal urin mendapati hanya seorang lelaki warga asing positif dadah jenis kanabis.

"Kesemua individu tersebut ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!