X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Malaysia rugi RM135 bilion tahun lalu: Nancy

Nancy ketika menjawab soalan pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, pada Isnin. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganggarkan jumlah kerugian daripada pendapatan pelancongan negara berjumlah RM135 bilion pada tahun lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jumlah itu dijangka terus meningkat tahun ini berikutan PKP masih diteruskan.

"Penularan pandemik Covid-19 menjejaskan bukan sahaja ekonomi dan sektor pelancongan di Malaysia malah di seluruh dunia.

"Sektor pelancongan bukan hanya meliputi hotel dan penerbangan sahaja. Rantaiannya juga meluas termasuk peruncitan, makanan dan minuman.

"Sebagai industri yang berorientasikan mobiliti, pelancongan merupakan salah satu sektor ekonomi yang paling teruk terkesan dan mengambil masa lebih lama untuk pulih terutama dengan pelaksanaan tiga PKP di Malaysia," katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyta pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Tan Kok Wai (PH-Cheras) berhubung sejauh mana perhatian diberikan kepada kesengsaraan yang dihadapi dalam industri pelancongan akibat pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, pelbagai bantuan turut disediakan kerajaan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung penggiat dalam industri berkenaan.

"Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan kepayahan yang dihadapi penggiat industri pelancongan melalui pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!