Brighton diharap tidak terlalu selesa selepas atasi Leicester City

Maupay menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan berkenaan. - Foto Shutterstock
Maupay menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan berkenaan. - Foto Shutterstock
A
A
A

PENGENDALI Brighton, Graham Potter mengingatkan kesebelasan pemainnya agar tidak terlalu selesa dengan kemenangan 2-1 ke atas Leicester City, pada Ahad.

Malah sebaliknya menurut Potter, kemenangan itu diharapkan dapat terus memberikan motivasi buat pemain The Seagulls itu untuk terus memberikan aksi terbaik dalam usaha melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.

“Secara keseluruhannya, ia adalah tiga mata yang cukup berharga buat kita dan tambah menarik ia berjaya di raih di hadapan penyokong sendiri.

“Semua posisi dilihat berfungsi dengan baik, pertahanan, serangan, jentera tengah kesemuanya telah memainkan peranan dengan mengikuti percaturan taktikal yang telah diatur.

“Namun, kemenangan ini diharap dapat menyuntik semangat pemain untuk terus memberikan aksi yang terbaik bagi terus melakar kemenangan selepas ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan Brighton membuka jaringan menerusi Neal Maupay yang menyempurnakan sepakan poenalti pada minit ke-35 sebelum Danny Welbeck menjaringkan gol kedua pada minit ke-50.

Penyerang Leicester City, Jamie Vardy kemudiannya merapatkan jurang pada minit ke-61, namun jaringan berkenaan dilihat gagal untuk menyekat kemenangan Brighton.

Sementera itu Potter lega kerana kesebelasan Brighton dilihat telah mempamerkan aksi bertahan yang baik dalam baki setengah jam perlawanan setelah jaringan Vardy.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kejayaan mengekang asakan-asakan pelawat yang mahu menjaringkan gol penyamaan juga dilihat sebagai satu kejayaan buat pasukan berkenaan.

“Bagi saya, Leicester adalah pasukan yang baik dan kejayaan pemain kami untuk mengekang asakan-asakan penyerang mereka pada penghujung perlawanan dilihat sebagai ‘satu kejayaan’ yang membanggakan.

“Selain itu, kami juga bernasib baik kerana tidak ‘dibocori’ dengan lebih banyak gol pada perlawanan berkenaan,” katanya.