Negara perlukan ahli politik berjiwa negarawan: Sultan Kedah

Sultan Sallehuddin ketika bertitah merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-14, secara sidang video pada Isnin.
Sultan Sallehuddin ketika bertitah merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-14, secara sidang video pada Isnin.
A
A
A

ALOR SETAR - Negara memerlukan ahli politik yang berjiwa negarawan untuk mentadbir dalam tempoh genting ini sebelum berdepan Pilihan Raya Umum (PRU).

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, semua ahli politik perlu meletakkan masa hadapan negara dan negeri melebihi kepentingan parti dan peribadi.

Baginda menyifatkan tempoh sehingga sebelum pilihan raya seterusnya merupakan tempoh kritikal dan memerlukan kesepakatan semua pihak bagi menangani masalah yang berlaku.

“Kemelut dan pergolakan politik di peringkat Pusat yang berlaku mutakhir berjaya diharungi namun, kita perlu sedar pelantikan kepimpinan baharu melalui proses rundingan tertutup bukan satu penyelesaian mutlak.

"Ia hanya langkah kecemasan dalam menghadapi masalah lebih besar,” titah Sultan Sallehuddin yang berkenan merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-14 secara sidang video pada Isnin.

Baginda bertitah bahawa sesebuah negara tidak akan terlepas daripada kemelut, pergolakan atau krisis

Sultan Sallehuddin turut berharap kadar vaksinasi di Kedah dapat dipertingkatkan dan imuniti kelompok berjaya dicapai dengan segera

walaupun negeri itu mencapai peratusan melebihi 50 peratus.

Pada masa sama, Sultan Sallehuddin bertitah mahu kerajaan negeri memikirkan langkah wajar mengatasi masalah ekonomi dan tekanan emosi rakyat.

Artikel Berkaitan:

Baginda bertitah dalam tempoh 18 bulan lalu, pandemik Covid-19 memberi kesan kepada struktur sosioekonomi negara dan negeri Kedah menyebabkan ramai hilang pekerjaan dan punca pendapatan.

Sultan Sallehuddin turut mengingatkan kerajaan lebih bijaksana berhadapan dengan individu berfahaman anti vaksin yang berisiko menggagalkan usaha mencapai imuniti kelompok.

“Maklumat tidak tepat dan berita palsu yang dapat memesongkan pemikiran rakyat perlu segera ditangani.

Beta difahamkan RM32.4 juta telah dibelanjakan dalam usaha membantu rakyat sepanjang pandemik Covid-19, melibatkan pelbagai bantuan seperti bakul makanan, pinjaman perniagaan, bantuan tunai serta bantuan perubatan,” tita baginda.

Sultan Sallehuddin percaya atas komitmen Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor serta seluruh anggota kerajaan negeri untuk mengatasi pandemik ini pasti akan berjaya diharungi.

“Beta dimaklumkan kerajaan negeri kini sedang merangka satu perancangan pemulihan ekonomi yang akan dibentangkan dalam Sidang Belanjawan akan datang sebagai persediaan menempuh endemik Covid-19. Beta berharap perancangan ini sedikit sebanyak memberi harapan kepada seluruh rakyat negeri ini,” titah baginda.

Baginda turut berharap kerajaan negeri merancang hal ehwal melibatkan aktiviti keagamaan ketika melangkah ke fasa endemik dengan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) supaya lebih menyeluruh dan sesuai.

Beta juga ingin zahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang merupakan perwira kita,” titah baginda.

Persidangan DUN Kedah berlangsung selama empat jam setiap hari sehingga Khamis ini. Kali terakhir DUN Kedah bersidang adalah November 2020 susulan penularan pandemik Covid-19.