Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Jerai: Takiyuddin

Takiyuddin menjawab soalan pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, pada Isnin.
Takiyuddin menjawab soalan pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan tiada sebarang aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai, Kedah ketika ini.

Menurutnya, kawasan berkenaan sudah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan (Geopark Jerai) pada 2018.

"Saya hendak sebutkan secara jelas bahawa Jerai ini terletak di dalam Hutan Simpan Hulu Muda yang keluasannya 106,000 hektar yang mana 12 peratus iaitu 12,720 hektar merupakan kawasan perlindungan. 88 peratus boleh diusahasil.

"Bagaimanapun saya dapat pengesahan daripada kerajaan negeri Kedah bahawa sejak kebelakangan ini terutama tiga tahun terkemudian telah diputuskan tidak diberikan lesen untuk usahahasil.

"Walaupun sejak 2014 sehingga 2019, sebanyak 25,000 hektar telah diluluskan lesen untuk membalak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Kedah tetapi HSK Ulu Muda tidak dibalakkan langsung," katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) berhubung sejauh mana pemantauan kementerian terhadap aktiviti pembalakan di kawasan hutan khasnya di kawasan yang digazet sebagai hutan simpan dan tindakan yang diambil terhadap kes pelanggaran.

Artikel Berkaitan: