X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

DHL Express naikkan harga perkhidmatan mulai 1 Januari

DHL Express Malaysia akan menaikkan harga purata perkhidmatannya sebanyak 4.9 peratus.
A
A

KUALA LUMPUR - DHL Express Malaysia akan menaikkan harga purata perkhidmatannya sebanyak 4.9 peratus, berkuat kuasa 1 Januari 2022.

DHL Express dalam satu kenyataan berkata, pelarasan harga tahunan itu mengambil kira inflasi dan kedinamikan mata wang serta kos pentadbiran yang berkaitan dengan peraturan dan langkah-langkah keselamatan.

"Langkah-langkah ini dikemas kini secara berkala oleh pihak berkuasa nasional dan antarabangsa di setiap lebih daripada 220 negara dan wilayah yang mendapat perkhidmatan DHL Express," katanya.

Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo berkata, pelarasan harga tahunan ini membolehkan syarikat melabur dalam infrastruktur dan teknologinya untuk memastikan penyelesaian pelanggan yang berdaya tahan, mampan dan terbaik.

"Ini termasuk pesawat dan kenderaan canggih serta pengembangan hab dan gerbang kami untuk meningkatkan kapasiti kerana permintaan untuk pengiriman rentas sempadan perkhidmatan pantas terus meningkat," katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!