X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Sekolah akan dijadikan PPV remaja

Khairy Jamaluddin (kiri) dan Mohd Radzi (tengah) semasa mengadakan lawatan di SMK Putrajaya Presint 8(1), Putrajaya pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam membantu pendaftaran murid sekolah bagi tujuan vaksinasi.

Menterinya, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, KPM juga akan mengenal pasti sekolah-sekolah untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kepada murid sekolah.

“KPM turut membantu dalam menyediakan petugas dan keperluan logistik untuk tujuan ini.

“Kerjasama strategik KPM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini pastinya dapat mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi kepada murid sekolah. KPM komited melakukan yang terbaik,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Pada Isnin, Mohd Radzi bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menghadiri kick-off Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk remaja di SMK Putrajaya Presint 8(1), Putrajaya.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan 1 yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 323 murid berusia 16 dan 17 tahun dari SMK Putrajaya Presint 8 (1) menjadi kumpulan pertama menerima vaksin menerusi program PICK Remaja terbabit.

“Secara keseluruhan, terdapat seramai 377,591 murid berumur 16 tahun dan 371,676 murid berusia 17 tahun di seluruh negara.

“Alhamdulillah, proses vaksinasi pagi ini berlangsung dengan teratur dan tersusun. Sejurus tiba, murid yang ditemani ibu bapa atau penjaga perlu mendaftar, diambil suhu badan, diikuti sesi kaunseling dan persetujuan sebelum dibenarkan menerima suntikan vaksin,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!