70 peratus kes dadah telah didakwa

Ayob Khan (tengah) ketika melihat barangan kes narkotik yang akan dilupuskan.
Ayob Khan (tengah) ketika melihat barangan kes narkotik yang akan dilupuskan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 70 peratus daripada 9,506 tangkapan berkaitan dadah dari Januari hingga September tahun ini sudah dituduh di mahkamah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu juga, sebanyak sebanyak 5,016 kes ialah memiliki dadah.

“Pada tahun lalu hanya 51 peratus yang dituduh tetapi untuk tahun ini setakat September sahaja sebanyak 70 peratus dituduh dengan 16 sindiket berjaya ditumpaskan,” katanya pada sidang akhbar selepas proses pelupusan barangan kes narkotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pagi Isnin.

Bagaimanapun menurut beliau, seramai 18,837 ditahan tahun lalu membabitkan 8,390 kesalahan memiliki dan membekal.

Ayob Khan turut memberitahu, sejak Januari lalu sebanyak 10.91 tan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM352 juta telah dirampas manakala 1.7 tan dan 3,717 liter dadah bernilai RM28.91 juta sudah dilupuskan.

Katanya, pelupusan berkenaan melibatkan barangan rampasan kes narkotik selesai siasatan bermula tahun 2000 hingga 2020.

Tambah beliau, dadah yang dilupuskan ialah heroin 191.31 kilogram (kg), kanabis (84.73kg), ketamin (24.56kg), methamphetamine (92.35kg) dan methylenedioxy methamphetamine (48.32kg)

“Pada proses ini juga kita turut melupuskan pelbagai lagi jenis dadah seberat 1.32 tan dan bentuk cecair sebanyak 3,717 liter,” katanya.

Artikel Berkaitan: