X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

48 mangsa banjir dipindah ke PPS SK Rantau Panjang

Rumah penduduk di Kampung Rantau Panjang dinaiki air berikutan hujan berterusan pada Ahad.
A
A

KUALA SELANGOR - Seramai 48 mangsa banjir daripada 16 keluarga di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang pada Ahad.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataannya memaklumkan, kesemua mangsa banjir mula dipindahkan ke PPS itu pada jam 12.55 tengah hari.

Menurut kenyataan itu, pecahan jantina mangsa banjir pula terdiri daripada 27 lelaki dan 21 wanita.

"Daripada jumlah itu melibatkan 15 wanita dan 14 lelaki dewasa, kanak-kanak (11), warga emas (6) dan bayi (1). PPS SK Rantau Panjang masih beroperasi susulan hujan berterusan pada Ahad.

"Operasi pemindahan mangsa banjir disertai APM, polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," jelas kenyataan itu yang dimuat naik menerusi status di Facebook pada Isnin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!