Pelawak ceroboh rumah bekas kekasih, kes selesai

Mohamad Fakhrudin
Mohamad Fakhrudin
A
A
A
PETALING JAYA - Polis Daerah Petaling Jaya mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berhubung dakwaan seorang pelawak terkenal menceroboh rumahnya di sebuah kondominium di Damansara di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita yang juga bekas kekasih kepada pelawak terkenal itu membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara.

"Bagaimanapun, mereka tidak mahu memanjangkan kes dan sudah berdamai," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dalam kejadian 7.30 malam, lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan memasuki rumah wanita berusia 28 tahun yang tidak berkunci dan menyelongkar barang di dalam rumah.

Wanita itu dilihat memuat naik gambar bekas teman lelaki yang juga pelawak popular di Instagram (IG) Story selepas lelaki itu didakwa menceroboh rumahnya.
Artikel Berkaitan:


Pada gambar itu, dia seakan memberitahu pengikut mengenai kehadiran lelaki itu ke rumahnya dan meluahkan rasa rimas.

Namun, dia dilihat memadamkan semula gambar berkenaan selepas beberapa minit kemudian.