PDRM tidak terima laporan 3 pegawai SPRM curi barang kes AS$6 juta

Abd Jalil Hassan
Abd Jalil Hassan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman kerana curi barang kes wang tunai berjumlah AS$6 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya sedia maklum berhubung isu tular mengenai tiga pegawai SPRM itu.

"PDRM mengesahkan bahawa sehingga hari ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian ini," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Abd Jalil berkata, pihaknya menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan bertanggungjawab serta tidak menyebarkan berita tidak benar.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menyalahguna media sosial untuk menyebarkan berita palsu," katanya.

Artikel Berkaitan: