X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Dua lelaki Uzbekistan ditahan kerana sembunyi 'gigi emas'

Gambar fail menunjukkan emas disembunyikan di dalam mulut seorang penyeludup emas di New Delhi baru-baru ini. -Foto Kastam Delhi
A
A

NEW DELHI - Dua lelaki Uzbekistan ditangkap oleh penguatkuasa kerana menyembunyikan 951 gram emas di dalam mulut di India baru-baru ini.

Kedua-duanya ditangkap oleh anggota-anggota Unit Siasatan Udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Delhi selepas mereka tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mereka ditahan selepas gerak-geri kedua-dua lelaki itu menimbulkan kecurigaan di lapangan terbang tersebut.

Anggota-anggota penguatkuasa ketika itu merasa curiga terhadap mereka ketika dua warga Uzbekistan tersebut memasuki laluan khas bagi penumpang yang tidak ada apa-apa barang yang perlu untuk diisytiharkan.

Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas mereka, emas itu ditemui dalam bentuk gigi palsu dan jaluran logam dari mulut mereka yang bernilai dianggarkan AS$5,500 (RM22,943).

Pada 9 September lalu, dua lelaki ditahan oleh kakitangan-kakitangan sebuah lapangan terbang antarabangsa di India kerana menyeludup emas sebanyak 1,369 gram bernilai kira-kira AS$79,000 (RM329,548).

Emas itu disembunyikan di dalam seluar dalam mereka.

India merupakan lokasi kegemaran penyeludupan para penyeludup emas dari Dubai. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!