Belum ada pelancong kena kompaun di Langkawi

Penumpang pesawat mendaftar masuk di kaunter sebelum memulakan perjalanan dari Ipoh ke Pulau Langkawi. - Foto Bernama
Penumpang pesawat mendaftar masuk di kaunter sebelum memulakan perjalanan dari Ipoh ke Pulau Langkawi. - Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Pematuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) sempena pembukaan semula Pulau Langkawi di bawah Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi berada pada tahap memuaskan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, setakat hari keempat pembukaan pulau pelancongan tersebut, tiada sebarang kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pengunjung di kawasan tumpuan ramai di Pulau Langkawi juga didapati mematuhi SOP seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya nasihatkan agar semua pengunjung terus mematuhi SOP, daripada memulakan perjalanan ke pulau peranginan ini sehinggalah pulang semula ke destinasi masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.

Khamis lalu, Shariman memaklumkan polis membuat pemantauan di 22 lokasi meliputi 10 tempat rekreasi, sembilan pusat beli-belah dan tiga di pintu masuk utama pulau terbabit.

Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan pemantauan bagi memastikan pematuhan SOP terus berjalan terutama di tempat awam seperti memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan fizikal.

Artikel Berkaitan: