X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Bekalan vaksin melebihi jumlah individu yang hendak disuntik

Khairy ketika lawatan kerja di Klinik Kesihatan Simpang Kuala, Kedah pada Ahad.
A
A

ALOR SETAR- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan, bekalan vaksin Covid-19 di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara ketika ini melebihi jumlah individu yang perlu disuntik.

Sehubungan itu, beliau berkata, kadar vaksinasi yang dicatatkan tidak lagi mampu mencapai jumlah 500,000 suntikan sehari seperti sebelum-sebelum ini berikutan hampir 80 peratus populasi dewasa di Malaysia sudah divaksin.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ketika ini sedang melipatkan gandakan usaha dalam meningkatkan peratusan individu yang menerima vaksin terutama bagi beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, dan Sabah.

"Di banyak kawasan dan (PPV), kita sudah sampai (pada) tahap di mana lebih banyak vaksin daripada manusia, jadi tindakan kita sekarang ini (KKM akan lipatkan usaha), (kadar pemberian vaksin), sehari (kita) tidak boleh pergi sampai 500,000 suntikan lagi dah sebab kita sudah sampai ke penghujung ini,

"(Banyak negeri sudah) tiada orang lagi (yang menerima vaksin) cuma di kawasan tertentu seperti di Kedah (seperti) di Pendang, Baling... kita kena betul-betul pergi outreach (menyantuni), pergi rumah orang buat pemeriksaan betul-betul, periksa golongan tegar yang antivaksin ini dan (kita) fokus kepada golongan tersebut," kata Khairy.

Beliau berkata demikian ketika sidang media mengadakan lawatan kerja dan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) di Wisma Darul Aman di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, Khairy berkata, KKM juga akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengenal pasti tindakan yang paling wajar untuk dikenakan terhadap penjawat awam yang memilih untuk tidak divaksin kecuali yang mempunyai masalah kesihatan.

Tidak ketinggalan, KKM turut berharap institusi seperti masjid dan rumah-rumah ibadat dapat melaksanakan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) khususnya membabitkan kebenaran individu yang dibenarkan masuk premis berkenaan. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!