X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

PKPD di dua kampung orang asli di Pahang

PKPD akan dikenakan di Kampung Orang Asli Sungai Koi, Jerantut dan Kampung Orang Asli Ulu Pareh, Bentong, Pahang berkuat kuasa esok hingga 3 Oktober depan. Foto hiasan
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Dua lokaliti kampung orang asli di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa Isnin sehingga 3 Oktober depan.

Kawasan terlibat adalah Kampung Orang Asli Sungai Koi, Hulu Cheka, Jerantut dan Kampung Orang Asli Ulu Pareh, Bentong.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata, satu lokaliti dikenakan PKPD di Sabah yang sepatutnya tamat pada Isnin pula dilanjutkan sehingga 4 Oktober 2021.

"Lokaliti terlibat adalah Taman Pantai Lok Kawi, di Papar, Sabah," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi beliau pada Ahad.

Dalam kenyataan sama, beliau turut memaklumkan penamatan PKPD di beberapa lokaliti di Sabah dan Johor pada Isnin.

Katanya, lokaliti terlibat adalah Kampung Nelayan, Mukim Sungai Pinggan, Pontian Johor.

"Bagi lokaliti di Sabah, penamatan PKPD membabitkan Kampung Buanog Matunggong, Kudat; Kampung Tetabuan, di Beluran; Kampung Magatang di Keningau; dan Kampung Kinalas di Ranau," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!