Rusuhan kuil: Jumlah tangkapan cecah 48 orang

Mazlan Mansor
Mazlan Mansor
A
A
A

SUBANG JAYA - Seramai enam lagi individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, di sini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

"Setakat ini polis telah menahan enam lagi individu bagi membantu siasatan kita.

"Ini menjadikan jumlah tangkapan keseluruhan menjadi 48 orang," katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesankan tangkapan yang terlibat dalam insiden itu seramai 42 ditahan.

Kejadian rusuhan yangn berlaku di perkarangan kuil pada 2.30 pagi Isnin lalu serta kawasan pusat beli-belah One City pada hari berikutnya turut menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Menteri kecam tindakan perusuh]

[ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Adib ditarik dari jentera ketika pasukan berundur]

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: PDRM tubuh pasukan khas]

Dalam kejadian itu, Mohammad Adib Mohd Kasim, 24, dilaporkan ditarik perusuh di kawasan kuil ketika pasukannya berundur dari lokasi.

Dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) termasuk van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib diserang dengan balingan batu dan objek lain menyebabkan berlaku kerosakan pada cermin serta badan kenderaan itu.