Rentas daerah aktiviti riadah meningkat di Kelantan

Shuhaimi Jusoh (empat, kiri) memeriksa kenderaan yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jambatan Pok Nik Loh di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, pada Ahad.
Shuhaimi Jusoh (empat, kiri) memeriksa kenderaan yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jambatan Pok Nik Loh di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah pergerakan kenderaan rentas daerah di Kelantan mencatatkan peningkatan sehingga 70 peratus dalam tempoh 10 hari Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 yang berkuatkuasa bermula pada Khamis minggu lalu.

Ia berikutan orang ramai memanfaatkan peluang keluar untuk beridah terutama pada hujung minggu selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengemaskini prosedur operasi standard (SOP) PPN Fasa 2 terkini pada 9 September 2021.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, pertambahan jumlah kenderaan itu dikesan di keseluruhan 34 Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilaksanakan di negeri ini.

Beliau berkata, terdapat 21 SJR stastik manakala 13 SJR secara bergerak yang dilaksanakan oleh anggota penguatkuasaan dan pemeriksaan SOP oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan.

Shuhaimi (kanan) ketika bercakap kepada pemberita semasa melawat SJR di Jambatan Pok Nik Loh di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, pada Ahad.
Shuhaimi (kanan) ketika bercakap kepada pemberita semasa melawat SJR di Jambatan Pok Nik Loh di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, pada Ahad.

“Kesemua pemandu dan penumpang yang merentas daerah diperiksa Sijil Vaksinasi Covid-19 dengan majoriti mereka sudah melengkapi dua dos suntikan.

“Sekirannya, anggota mendapati ada yang belum divaksin, mereka akan dinasihatkan supaya berpatah balik atau mereka yang didapati keterlaluan melanggar SOP akan dikenakan kompaun,” katanya kepada pemberita di SJR Jambatan Pok Nik Loh di Jalan Padang Tembak, di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata setakat tengah hari Ahad, pihaknya telah mengeluarkan 56 saman trafik kepada pengguna jalan raya yang melanggar lampu isyarat di sekitar daerah ini menerusi operasi khas bermula pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

“Ramai pengguna bertindak melanggar lampu isyarat merah memandangkan jumlah kenderaan berkurangan di jalan raya sebelum ini.

“Bagaimanapun, apabila jumlah kenderaan bertambah ketika ini, jadi mereka yang terbiasa mengabaikan peraturan jalan raya dan melanggar lampu merah sehingga membahayakan pengguna lain masih berbuat demikian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Operasi Khas Lampu Isyarat yang dilakukan itu akan diteruskan dalam tempoh seminggu selain penugasan pemantauan SOP di setiap SJR di sempadan antara daerah mahupun negeri.

Shuhaimi Jusoh (kiri) memeriksa Sijil Vaksinasi Covid-19 menerusi MySejahtera salah seorang pengguna jalan raya yang melalui SJR di Jambatan Pok Nik Loh di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, pada Ahad.
Shuhaimi Jusoh (kiri) memeriksa Sijil Vaksinasi Covid-19 menerusi MySejahtera salah seorang pengguna jalan raya yang melalui SJR di Jambatan Pok Nik Loh di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, pada Ahad.

“Kekuatan PDRM yang bertugas di SJR adalah 158 anggota dan dibantu 100 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 102 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia serta 18 daripada agensi lain.

“Walaupun kita dibenarkan untuk melancong di dalam negeri, namun saya ingin nasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap penularan Covid-19. Lebih baik kita elak daripada berkunjung ke lokasi-lokasi tumpuan ramai kerana kes jangkitan pandemik ini masih tinggi,” ujarnya.