Kes baharu Covid-19 menurun kepada 14,956

Jumlah kes baharu Covid-19 negara terus mencatatkan penurunan empat hari berturut-turut turut apabila merekodkan 14,954 kes pada Ahad.
Jumlah kes baharu Covid-19 negara terus mencatatkan penurunan empat hari berturut-turut turut apabila merekodkan 14,954 kes pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Jumlah kes baharu Covid-19 negara terus mencatatkan penurunan empat hari berturut-turut turut apabila merekodkan 14,954 kes pada Ahad berbanding 15,549 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 kepada 2,097,830 setakat jam 12 tengah hari pada Ahad.

Beliau berkata, dua negeri yang merekodkan kes melebihi 2,000 adalah Sarawak iaitu 2,707 dan diikuti Selangor 2,028.

“Johor pula merekodkan sebanyak 1,948 kes diikuti Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259), Perak (1,222), Kedah (809), Pahang (705), Terengganu (671) dan Melaka (207), Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (144).

“Perlis pula merekodkan sebanyak 76 kes baharu Covid-19 disusuli dengan Putrajaya (19), manakala tiada kes baharu di Labuan,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, penggunaan katil bukan unit rawatan rapi (ICU) Covid-19 di seluruh negara setakat jam 5 petang Sabtu berada pada kadar 67 peratus dengan Kelantan merekodkan penggunaan tertinggi iaitu 98 peratus diikuti Sarawak (94 peratus) dan Pulau Pinang (87 peratus).

Bagi katil ICU, Dr Noor Hisham memaklumkan kadar penggunaannya di seluruh negara adalah sebanyak 72 peratus dengan Pulau Pinang memiliki penggunaan tertinggi iaitu 91 peratus diikuti Terengganu (90 peratus), Kuala Lumpur (88 peratus), Kelantan (82 peratus) dan Kedah (81 peratus).

Beliau turut memaklumkan bahawa kadar vaksinasi lengkap Covid-19 rakyat Malaysia setakat Sabtu telah mencecah 56 peratus dengan individu yang baharu mendapat satu dos vaksin adalah sebanyak 67.2 peratus.

Artikel Berkaitan:

“Lembah Klang yang merangkumi negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mempunyai kadar vaksinasi populasi dewasa tertinggi iaitu 106.1 peratus diikuti Labuan (97.8 peratus), Negeri Sembilan (93.1 peratus), Sarawak (89.2) dan Perlis (83.2 peratus).

“Kadar vaksinasi di Melaka dan Terengganu masing-masing adalah 76.7 peratus, Pulau Pinang (73.7 peratus), Johor (68.4 peratus), Kedah (60.6 peratus), Pahang (60.4 peratus), Perak (59.8 peratus), Kelantan (56.6 peratus) dan Sabah (54.4 peratus),” ujarnya.