Hujan lebat dua hari di Sabah, Labuan

MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sabah dan Labuan esok hingga Selasa. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sabah dan Labuan esok hingga Selasa. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sabah dan Labuan esok hingga Selasa.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad memaklumkan kawasan terlibat di Sabah adalah bahagian pedalaman meliputi Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort, selain bahagian Pantai Barat serta bahagian Kudat.

Beliau berkata seluruh Labuan turut terlibat dengan amaran cuaca itu.

"Angin bertiup dari arah barat dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: