40 buah rumah rosak dipukul ribut

Johan (dua dari kanan) melawat kawasan pokok tumbang akibat dipukul ribut.
Johan (dua dari kanan) melawat kawasan pokok tumbang akibat dipukul ribut.
A
A
A

HULU LANGAT - Kira-kira 40 buah rumah di dua kampung dan sebuah taman perumahan di sini rosak akibat dipukul ribut pada Jumaat.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz berkata, kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu berlaku di Kampung Tanjong, Kampung Sentosa dan Taman Seri Tanjong.

Menurutnya, kejadian ribut itu juga menyebabkan tiga buah rumah penduduk dihempap pokok besar.

"Tiada sebarangan kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian terbabit," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.

Johan berkata, selain rumah penduduk, beliau turut dimaklumkan kira-kira 20 gerai penjaja turut terjejas dalam kejadian terbabit.

"Kami sudah memanjangkan perkara ini bagi mendapatkan bantuan daripada Pembangunan Luar Bandar (PLB) bagi membantu kos baik pulih," katanya.

Ujar beliau, kawasan itu terdedah kepada bencana berikutan terdapat banyak projek pembangunan setempat.

"Ini merupakan kejadian kali pertama pada tahun ini dan kejadian sama juga berlaku pada tahun lalu," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, pihaknya juga turut berkesempatan menziarahi mangsa yang terjejas akibat bencana berkenaan.

"Kami ada menyalurkan sumbangan mangsa ribut bagi meringankan bebanan mereka yang ditimpa musibah," katanya.