Tragedi Kemensah Heights: Laporan kajian JMG dikeluarkan Selasa

Kerja-kerja baik pulih giat dijalankan di sekitar lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height hari ini. - Foto Bernama
Kerja-kerja baik pulih giat dijalankan di sekitar lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Laporan kajian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkenaan tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights akan dikeluarkan Selasa.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ketika ini, kerja-kerja siasatan dan kajian tanah masih dijalankan JMG di lokasi kejadian.

"Tanggungjawab untuk membuat kajian tanah sedang dijalankan JMG dan tujuan kajian dalam tempoh tiga hari bermula kelmarin (Jumaat).

"JMG akan keluarkan hasil kajian yang akan jadi panduan jabatan lain untuk ambil tindakan selanjutnya contohnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membuat penahan daripada runtuhan tebing (sementara) Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) (ambil tindakan) supaya kejadian seumpama ini tidak berlaku masa datang," katanya.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan (dua, kanan) melihat kawasan rumah yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Hisamuddin Termidi (kanan). - Foto Bernama

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepasa mengadakan lawatan di lokasi tanah runtuh Jalan Kemensah Heights pada Ahad.

Tambah Takiyuddin, selepas laporan kajian dikemukakan, agensi berkaitan boleh memohon peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dan Selangor untuk tindakan susulan.

Beliau turut memberi jaminan langkah pencegahan akan turut diadakan di sekitar kawasan kejadian termasuk perumahan bandar berhampiran.

Artikel Berkaitan:

"Saya beri jaminan langkah pencegahan bukan sahaja dibuat di sana (kawasan kejadian) tetapi di perumahan bandar ini juga,” katanya lagi.

Pada Jumaat malam, sebanyak 19 rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, aliran air bawah tanah berkenaan menyebabkan struktur tanah menggelongsor sehingga menyekat aliran sungai di bawah bukit daripada terus mengalir. - Awani